1. Dia sering membuat 'eye
contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan
besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering
kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan
anda seorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan
senyuman dia.
.
2. Dia akan cuba mencari cara
untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan
soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan
kemesraan itu.
.
3. Ketika dia berborak dengan
anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung
bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan
kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun
bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian
100% ketika anda bercakap.
.
4. Dia lebih cenderung untuk
melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh
tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact'
dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat
dengan anda.
.
5. Apabila ditanya sama ada dia
suka siapa, dia akan kata, "adalah ..." sambil memberikan senyuman.
Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan
seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk
melihat reaksi anda.
.
6. Dia juga akan bertanya siapa
yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula
mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap
gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan
tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup
rasa cemburu.
.
7. Ketika anda dan dia keluar
bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda
sama ada anda sedar atau tidak.
.
8. Si dia akan mengharapkan anda
untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye ....."
atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak
terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan
"saya belanja".
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi
anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda
tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda
tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam
kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!
.
10. Apabila anda telah mula
mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita
tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia
amat-amat memuja anda.
.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa
bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi
peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon
anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian
untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.