(Gambar Hiasan "Jessica Putri" )
Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menarik perhatian wanita yang anda suka, anda boleh cuba empat cara di bawah.
1. Cara pertama adalah
meningkatkan kualiti diri anda. Wanita cepat terpikat pada lelaki yang
ada kualiti diri yang tinggi. Kualiti yang saya maksudkan adalah dari
segi penampilan, akhlak yang baik dan ada wawasan hidup. Anda tidak
perlu berlagak kaya jika anda tiada duit. Sebaliknya anda tingkatkan
diri anda seadanya. Pakai pakaian yang bergosok dan kemas, diri sentiasa
bersih, berakhlak baik dan sentiasa berusaha adalah antara perkara yang
meletakkan diri anda pada kualiti yang tinggi. Percayalah, wanita yang
anda suka pasti akan tertarik pada anda ketika dia perasan kualiti yang
anda ada.
2. Wanita tidak suka lelaki yang
gelojoh. Mereka lebih sukakan lelaki yang bersikap tenang pada semua
perkara. Ketika anda hampiri wanita yang anda suka, anda hampiri dia
dengan tenang. Jika anda terlalu gelojoh, anda pasti akan di abaikan.
3. Cara ketiga adalah jadi lelaki
sebenar iaitu tidak ada ciri seorang wanita pun dalam diri anda. Lelaki
adalah pelindung dan pemimpin. Apabila dia lihat anda ada dua ciri ini,
dia akan mula tertarik pada diri anda.
4. Cara terakhir adalah anda
perlu pandai menjaga emosi wanita yang anda suka. Wanita adalah makhluk
yang sangat beremosi. Elakkan dari membuatkan dia marah pada diri anda.
Jaga emosi wanita yang anda suka.